Nuffnang Ads

Wednesday, January 13, 2010

Nothing To Do With Football




Monday, January 11, 2010

Spekulasi: Maxi Rodríguez makin hampir ke Reds







Mengikut sumber2 yang dipercayai, Maxi Rodríguez makin hampir pasti akan menyarung jersi The Reds dalam beberapa hari lagi, secara pinjaman daripada Athletico Madrid. Bekas rakan sepasukan El Nino dan juga dikatakan rakan baik Javier Mascherano ini sememangnya amat berminat untuk menyertai The Reds, sehingga sanggup untuk menerima jumlah gaji yang lebih kurang daripada jumlah yang dimiliki beliau buat masa sekarang di Athletico Madrid ini.

Bermain di posisi sayap kanan, La Fiera (nama gelaran beliau) seringkali juga bermain di posisi attacking midfielder, dan ini boleh menjadi satu penyelesaian dan memudahkan tugasan El Nino di samping dapat memberi fokus kepada Steven Gerrard untuk bermain di posisi tengah. Dalam 121 penampilan beliau bersama Athletico Madrid, beliau telah menjaringkan 32 gol dan juga menyumbat 10 gol buat pasukan kebangsaan Argentina di dalam 35 penampilan.

Walaupun belum lagi sah menyertai The Reds, kita ingin mengalu-alukan kehadiran La Fiera ke skuad kita. YNWA!

Bio ringkas (penuh akan dibuat lepas confirm join)
Nama Penuh: Maximiliano Rubén Rodríguez
Nickname: La Fiera
Tarikh Lahir: 2 Januari 1981
Tempat Lahir: Rosario, Argentina
Tinggi: 1.80 m
Posisi: Sayap/Attacking Midfielder

nota: artikel ini diceduk dari http://my-reds.blogspot.com/

Kami Mahu Aksi Final Di Wembley



Dalam satu survey yang diadakan baru baru ini, menunjukkan para penyokong KOP lebih inginkan pasukan ini beraksi di final Piala FA dari final Europa League.

Kenny Dalglish atau Kenny Rogers nih???



Hahaha... Apa significant-nya poster di atas dengan gua???... Pada 13 hari bulan nanti gua akan pastikan adanya jersey home Liverpool tersimpan di dalam beg gua...hahaha....

Friday, January 8, 2010

Agak-agak Minggu Ni Boleh Dapat Macam Ni Tak?

Dunia Bola Fantasi



Kalau tak menjadi jugak taktikal gua kali ni... Gua pecat diri sendiri...

Thursday, January 7, 2010

Road to 2010...kih kih kih..

Hapakejadahnye yang gua buat ni, blog daftar tahun 2009.. nak akhir tahun 2009 baru ada satu entry..itu pun pasal boyband Kpop korea SuJu..Sigh..Hahaha.. Sekarang dah masuk 2010... Nak kena start betul-betul ni, nak kena ada azam baru... Cite pasal azam tahun 2010. Gua punye azam tahun ni nak berenti bayar cukai rokok kat kerajaan Malaysia (berenti isap rokok), gua dah tak beli rokok dah, lighter pun ntah mana mana gua campak.. Sesapa datang kat gua pasni nak pow rokok sehelai ke, sebatang ke, memang kena sampiong la.. Ni dah nak dekat seminggu gua tak beli rokok sekaligus tak mengisap rokok.. paru paru rasa cam best je semenjak demenjak ni... Ok ok berbalik kepada objektif utama pembukaan blog ni..Ermm, apa objektif dia ekk..
Gua rasa apa yang bakal gua merapu dalam blog ni mungkin sama macam tajuk blog ini sendiri... Gua akan tulis sikit pasal gua, pasal life gua, pasal apa yang berlaku kat dunia pada masa kini dan tak lupa pasal team bola sepak yang paling mencuri tumpuan ramai pada masa ini, Liverpool FC.. Haaa, satu benda yang lu orang patut tau, gua adalah seorang 'kipas susah mati' team Liverpool ni..