Nuffnang Ads

Sunday, October 24, 2010

The 1st Korean Formula 1 Grand Prix

Hari Ahad yang cerah di Kuala Lumpur....sambil tengah asyik nak kemas rumah, basuh baju,gua layan sekali Formula 1 yang tengah berlansung di kaca tv...ok juga sebab para pelumba dapat berlumba di litar baru,tapi ini dah lebih 11 pusingan diorang duk ikut belakang Safety Car...Hujan di Korea menyebabkan perlumbaan Formula 1 yang pertama untuk negara tersebut bermula dengan hambar...sigh... Ok lah, sambil nak tunggu perlumbaan ini jadi menarik, baik gua sidai baju dulu...nanti gua sambung lagi...aite peeps...

Wednesday, October 20, 2010

Bagaimana gua terjumpa mak lu...





Haha...kite berjumpe lagi...kali ni gua nak rebiu sikit pasal sitcom kegemaran gua sekarang ni...cerita yang bertajuk "How I Met Your Mother"...Kisah ini sebenarnya adalah sebuah sitcom dari Amerika yang mula ditayangkan di CBS pada 19 September 2005. Sitcom ini dicipta oleh Craig Thomas dan Carter Bays yang juga berkawan baik sejak waktu mereka di kolej.
Kisah ini bersekitar pada tahun 2030 apabila watak utama Ted Mosby (yang di dukung oleh Josh Radnor) menceritakan kepada anak-anak beliau kisah-kisah (kelakar dan mencuit hati) sepanjang perjalanan dia bertemu dengan ibu mereka, ini sangat obvious lah menjelaskan tajuk cerita ini dan kebanyakkan scene yang menunjukkan kepada lu orang adalah dalam bentuk masa lampau. Watak-watak lain dalam siri How I Met Your Mother utama adalah Marshall Eriksen (Jason Segel), Robin Scherbatsky (Cobie Smulders), Barney Stinson (Neil Patrick Harris) mamat ni memang Awesome walaupun seorang gay, dan Lily Aldrin (Alyson Hannigan).
Sitcom ini dilanjutkan untuk musim keenam sekarang oleh CBS, yang sudah mula ditayangkan pada 20 September 2010. Gua dah follow cerita ni dari season 1 sampailah season 5. Sekarang dengan tidak sabarnya menunggu untuk season 6. Dekat Astro pulak tayang cerita ni dengan episod tunggang-langgang. Nasib baik gua dapat bantuan dari lanun-lanun cetak rompak..hahaha...So sampai sini aje lah rebiu untuk kali ni..pasni gua merapu untuk lu orang lagi ok...

Wednesday, October 13, 2010

The All New Proton Waja....






Satu lagi hasil kerjasama Proton dan Mitsubishi. Menarik. Sama-sama kita nantikan dipasaran.

Tuesday, October 12, 2010

Jackass is back...And now in 3D..

Hahaha...antara cerita kegemaran gua kini kembali di layar perak...tapi gua rasa kat Malaysia takkan keluar punya kat mana-mana cinema, kalau keluar pun banyak scene kena potong, sure punyalah...serupa tak payah tengok...jadi balik tunggu DVD aje...so, kita sama-sama nantikan apa pulak aksi-aksi terbaru yang bakal ditonjolkan oleh si Johnny Knoxville, Steve-O, Bam Magera, Wee-Man dan rakan-rakan...yang pasti diorang semua ni memang layak digelar Jackass... Enjoy the trailer aite peeps..

Monday, October 11, 2010

Rossi Juara Malaysian MotoGP 2010, Lorenzo Juara Dunia 2010





Semalam bertempat di Litar Antarabangsa Sepang kita dapat menyaksikan Toni Elias dan Jorge Lorenzo yang berjaya merangkul gelaran juara dunia bagi kategori masing-masing iaitu Moto2 dan juga MotoGP. Rossi yang memenangi perlumbaan semalam dalam kategori MotoGP hanya dapat berpuas hati dengan tempat ketiga bagi keseluruhan senarai pelumba. Semalam juga adalah kali terakhir untuk kita menyaksikan juara 9 kali itu berlumba untuk pasukan Fiat Yamaha. Pada musim depan beliau akan berlumba bersama Nicky Haden, juara 2006 bersama pasukan Ducati. Apa pun kita ucapakan tahniah kepada Lorenzo yang berjaya merangkul gelaran dunia, dan berharap pada musim depan Rossi yang akan bergandingan dengan jentera Ducati dapan memberikan cabaran yang lebih sengit kepada Lorenzo, Pedrosa, Stoner dan pengganti beliau untuk pasukan Fiat Yamaha dan pelumba yang sedang meningkat naik Ben Spies.

Thursday, October 7, 2010

The Iron Man Helmet...


According to Jorge Lorenzo, he will be using this helmet on race day at Sepang this weekend...Fantastic!

MotoGP is back!!!







MotoGP sudah kembali menghangatkan litar kebanggaan Malaysia, Litar Sepang. Mula dari hari isnin lepas KLCC dah penuh dengan motorsikal kuasa tinggi dipamerkan kat sini...Kat Esplanade ada team Fiat Yamaha, kat Centre Court plak team Ducati..Semalam gua tak sempat nak jumpa Jorge Lorenzo, habis keje lewat sangat...Tapi nasib baik dapat jumpa Nicky Haden juara MotoGP tahun 2006...Boleh tahan friendly jugak mamat tu...Mamat yang dikenali sebagai "Kentucky Kid" ni juga adalah salah sorang daripada duta jam tangan untuk Tissot...Boleh tahan juga harga jam ni...boleh cecah sebulan gaji gua..Apa apa pun, inilah antara gambar-gambar yang gua sempat snap semalam...kalau gua rajin kejap lagi gua upload lagi ok...

Monday, October 4, 2010

hapdet hapdet...

salam semua...perghh...dah naik sawang dah blog ni...lama gila tak hapdet blog ni....sejak Liverpool dah masuk relegation zone la katakan....ceh...tunggu je lah apa yang menarik nanti...