

Semalam bertempat di Litar Antarabangsa Sepang kita dapat menyaksikan Toni Elias dan Jorge Lorenzo yang berjaya merangkul gelaran juara dunia bagi kategori masing-masing iaitu Moto2 dan juga MotoGP. Rossi yang memenangi perlumbaan semalam dalam kategori MotoGP hanya dapat berpuas hati dengan tempat ketiga bagi keseluruhan senarai pelumba. Semalam juga adalah kali terakhir untuk kita menyaksikan juara 9 kali itu berlumba untuk pasukan Fiat Yamaha. Pada musim depan beliau akan berlumba bersama Nicky Haden, juara 2006 bersama pasukan Ducati. Apa pun kita ucapakan tahniah kepada Lorenzo yang berjaya merangkul gelaran dunia, dan berharap pada musim depan Rossi yang akan bergandingan dengan jentera Ducati dapan memberikan cabaran yang lebih sengit kepada Lorenzo, Pedrosa, Stoner dan pengganti beliau untuk pasukan Fiat Yamaha dan pelumba yang sedang meningkat naik Ben Spies.
2 comments:
Apa pasat lambat post ni tukang karut? :)
Congrats to both Rossi yang comel (tapi tak secomel my angel Lisa Surihani) *ahem ahem...* and Lorenzo... =D
hmmm....sape
Post a Comment