Nuffnang Ads

Monday, November 8, 2010

Perlumbaan Akhir MotoGP 2010

Hello,sini ada sedikit update untuk perlumbaan terakhir MotoGP bagi musim 2010 yang berlansung di Valencia malam tadi (waktu Malaysia). Juara dunia 2010, Jorge Lorenzo memulakan perlumbaan dibelakang Juara 2007, Casey Stoner.
Permulaan perlumbaan memang sangat sengit dan Jorge Lorenzo nyaris terlepas peluang untuk menduduki podium bagi perlumbaan yang berlangsung di tanah air beliau selepas berlaga dengan Marco Simoncelli.

Tapi gua rasa memang tahun ni memang tahun Lorenzo, beliau bangkit dari insiden tersebut dan menamatkan perlumbaan ditempat pertama di hadapan Casey Stoner dan rakan sepasukan serta juara dunia 9 kali, Valentino Rossi. Lorenzo juga setelah bergelar Juara Dunia 2010 munggunakan helmet custom khas yang direka untuknya. Helmet ini adalah replika dari PorFuera dan bertatahkan dengan 1,800 Swarovski kristal juga diwarnakan dengan real gold paint. Musim ini juga adalah musim terakhir bagi Rossi bersama Yamaha di mana musim depan beliau akan bersama Ducati. Gua juga harap-harap hari selasa minggu depan,Astro ada broadcast testing session Rossi bersama pasukan barunya Ducati.




Pemenang untuk perlumbaan terakhir musim ini. Lorenzo, Stoner dan Rossi.

No comments: