Hahaha...antara cerita kegemaran gua kini kembali di layar perak...tapi gua rasa kat Malaysia takkan keluar punya kat mana-mana cinema, kalau keluar pun banyak scene kena potong, sure punyalah...serupa tak payah tengok...jadi balik tunggu DVD aje...so, kita sama-sama nantikan apa pulak aksi-aksi terbaru yang bakal ditonjolkan oleh si Johnny Knoxville, Steve-O, Bam Magera, Wee-Man dan rakan-rakan...yang pasti diorang semua ni memang layak digelar Jackass... Enjoy the trailer aite peeps..
Semalam bertempat di Litar Antarabangsa Sepang kita dapat menyaksikan Toni Elias dan Jorge Lorenzo yang berjaya merangkul gelaran juara dunia bagi kategori masing-masing iaitu Moto2 dan juga MotoGP. Rossi yang memenangi perlumbaan semalam dalam kategori MotoGP hanya dapat berpuas hati dengan tempat ketiga bagi keseluruhan senarai pelumba. Semalam juga adalah kali terakhir untuk kita menyaksikan juara 9 kali itu berlumba untuk pasukan Fiat Yamaha. Pada musim depan beliau akan berlumba bersama Nicky Haden, juara 2006 bersama pasukan Ducati. Apa pun kita ucapakan tahniah kepada Lorenzo yang berjaya merangkul gelaran dunia, dan berharap pada musim depan Rossi yang akan bergandingan dengan jentera Ducati dapan memberikan cabaran yang lebih sengit kepada Lorenzo, Pedrosa, Stoner dan pengganti beliau untuk pasukan Fiat Yamaha dan pelumba yang sedang meningkat naik Ben Spies.
MotoGP sudah kembali menghangatkan litar kebanggaan Malaysia, Litar Sepang. Mula dari hari isnin lepas KLCC dah penuh dengan motorsikal kuasa tinggi dipamerkan kat sini...Kat Esplanade ada team Fiat Yamaha, kat Centre Court plak team Ducati..Semalam gua tak sempat nak jumpa Jorge Lorenzo, habis keje lewat sangat...Tapi nasib baik dapat jumpa Nicky Haden juara MotoGP tahun 2006...Boleh tahan friendly jugak mamat tu...Mamat yang dikenali sebagai "Kentucky Kid" ni juga adalah salah sorang daripada duta jam tangan untuk Tissot...Boleh tahan juga harga jam ni...boleh cecah sebulan gaji gua..Apa apa pun, inilah antara gambar-gambar yang gua sempat snap semalam...kalau gua rajin kejap lagi gua upload lagi ok...
salam semua...perghh...dah naik sawang dah blog ni...lama gila tak hapdet blog ni....sejak Liverpool dah masuk relegation zone la katakan....ceh...tunggu je lah apa yang menarik nanti...